Cik_unknown
Alhamdulillah !
Wednesday 19 December 2012 • 06:44 • 0 comments
Alhamdulillah.... Alhamdulillah.....Alhamdulillah...
itu sahaja yang terucap didalam hatiku ini... 
kerana....
Allah... tuhanku dan juga tuhan sekalian alam...
telah memakbulkkan doaku.. hamba-Nya yang hina...
bukan ingin menunjuk..
tetapi aku tersangat bersyukur.. 
pada tanggal 19/12/2012...
keputusan pmr sudah dikeluarkan..
dan... 
alhamdulillah aku berjaya mendapat 4A 4B.. bukan ingin menunjukkan yang aku ini pandai,menunjuk... 
aku bersyukur kerana Allah memakbulkan doaku.. doa yang tidak seberapa ini...
doaku adalah ingin melihat ibu dan ayahku gembira,bahagia dan bangga dengan anaknya, meskipun tidak sepandai kawan-kawan dan saudaraku yang lain... mereka sangat berharap kepadaku.. aku sedih sangat melihat mereka bertungkus lumus bekerja siang dan malam.. hanya untuk memberi kami (anak-anaknya kenyang dengan makanan, berjaya dimasa hadapan, dapat gaji yang lumayan) Ya Allah.. sungguh aku sedih dan kagum melihat ibu bapaku ... biarpun duit melayang hanya untuk membeli barang yang kami mahukan.. Ya Allah... hanya itu yang terucap...
ayah berpesan :
ayah tak ada harta nak bagi kat korang , cuma satu je ayah minta.. belajar rajin-rajin.. dapat gaji besar belanja ayah pula.. "
terasa mahu menangis aku dibuatnya... Allah...
ayah... insya Allah.. anakmu ini pasti berjaya biarpun tidak sepandai orang lain..
anakmu ini ingin berjaya bukan didunia sahaja bahkan diakhirat! anakmu ini ingin menjadi anak yang solehah biarpun masih jahil tentang agama, masih tidak cukup... Allah... 
insya Allah!!! :')
terima kasih buat sahabatku, ain najwa,athirah,siti nur wajiha , maisarah, nur natrah natasya , nurul farahlina, nur hidayah, khalidah yulis.. kerana menjadi pembakar semangat untukku terus berjaya!! 
terima kasih cikgu yang mengajarku .. cikgu di sekolah rendah mahupun sekolah menegah! 
syukran jiddan...
*********************************************************************************
Ya Allah, aku tahu bahawa setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan... Ya Allah... adakah aku cukup kuat untuk menghadapi semua ini... 
aku seakan-akan tidak kuat Ya Allah!! bantulah hamba-Mu ini... *doaku dalam hati*
Ain Najwa...
terima kasih kerana sudi mengajarku tentang apa yang aku tidak tahu...
aku tahu kau dah pindah ke johor,tapi itu semua takkan membuatkan kita putus tali persahabatan..
aku baru ingat nak jumpa kau dengan athirah, tapi nampaknya aku tiada rezeki.. 
aku baru nak peluk kau, nak ucap selamat tinggal, tapi tiada rezeki... Allah!! :'(
aku sedih sangat, sebab aku nak sangat cerita kat kau tentang apa yang berlaku.. tapi tiada rezeki.. apakan daya! :) aku redha! aku tahu...
* Allah takkan sesekali mengecewakan hamba-Nya , kerana Allah amat menyayangi hamba-Nya yang hina...*
aku pujuk hatiku yang sedih ini...
Athirah,Wajiha,Lina,Dayah,khalidah,Maisarah... baru ingat nak peluk korang, tapi aku kena pulang awal kerana ayahku perlu kerja.. tiada rezeki nampaknya.. tapi tak mengapa.. 
adik tirah dan juga adik irah.. syukran jiddan kerana memberi akak semangat!! akak takkan lupakan korang. insyaAllah.. :) jika tiada kesempatan untuk berjumpa didunia.. insya Allah.. di jannah pasti kita akan bertemu.. akak sayang kamu berdua kerana Allah.. :') 
* baru aku dapat merasai UKHUWAH YANG TERJALIN KERANA ALLAH ITU TERSANGAT INDAH!! * 
Allah...................:')
syukran jiddan kepada sahabat yang membaca blog yang buruk ini... jazakumullahukhairan kathira :')
gambar kenangan! :')







dari adik tirah yang tersayang! hugs*


assalamualaikum.. :') jazakumullahukhairan kathira! :)


PASTFUTURE
Taaruf

Assalamualaikum! sahabat fillah.
Salam Ukhuwah Fillah Abada.
assalamualaikum
16 tahun
Ada Dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka : Dua mata yang menangis pada waktu tengah malam kerana takutkan kepada Allah dan mata yang tidak tidur kerana berjuang di jalan Allah
(hadis riwayat tirmidzi)
Kotak Bertulis



My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>> Masih Mencari MaghfirahMu
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Wanita solehah itu bukan aku.
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • Cemburu yang dibenarkan oleh ISLAM.
  • Kenapa Aku Berubah? assalamualaikum wbt :)...
  • berhijrah ? assalamualaikum wbt...syukur terhadap...
  • inspirasi diriku... assalamualaikum wahai sahaba...
  • PUASA!!! indahnya!! entah mengapa hati ini berasa...
  • ZODIAK?? SYIRIK ???? tadi bukak twitter dari pukul...
  • Ya Allah  tadi AidaMan bukak satu blog nih . then...
  • kisah si kaya dan si pencuri cerita ini aku dapat...
  • ALLAH Subhanallah !! terasa damai...
  • Kasih dan redhaNya Selepas sahaja aku menunaikan ...

  • D' Credits
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : Cik_unknown