Cik_unknown
Thursday 7 June 2012 • 05:35 • 0 comments

kisah si kaya dan si pencuri

cerita ini aku dapat tahu dari maksu aku sendiri . semasa kitaorang kat kedah kerana arwah pakcik dah tiada
al-fatihah... :')
masa tu dalam bilik , ada maksu , aku , mak , dan adik saudara aku yang lain
okay ceritanya bunyi begini *bunyi kod* :D

zaman dulu , kalau ada orang nak rompak rumah , dorang mesti beritahu pemilik rumah a.k.a tuan rumah yang dorang nak rompak rumah .. *baik bukan* minta izin dahulu ..
ada seorang pakcik yang dah tua . dia memang seorang yang kaya dan baik sangat ...
dia memang baik lahhh :)

satu hari, dia didatangi seorang perompak .. peromapk tu kata "saya nak rompak rumah kamu malam ini, wahai orang tua yang kaya" *sound like that laa ... then pakcik nih dia takut sangat yang rumah dia kena rompak .. selepas itu, dia pun pergi ke masjid lalu berjumpa dengan imam .. dia cerita la pasal kejadian tadi kat imam... lepas tu , imam tu cakap ." kau bacalah ayat kursi" ... sebenarnya pakcik nih dia tak reti macam mana nak baca ayat al kursi nih .. dia pun jadi takut .. dia malu nak bagitahu imam yang dia tak reti baca ayat kursi .. lepas tu dia pun pulang ke rumah , then dia fikir macam mana nak baca ayat kursi tu . dia dah pening . zaman dulu mana ada internet bagaikan . so dalam rumah dia berdoa kat Allah supaya jangan ada perompak yang rompak rumah dia ..*zaman dulu kalau perompak,dia  rompak rumah memang licin sampai tuan rumah akan jadi papa kedana...macam citer p ramlee tu tajuk ali baba tu* 

then pakcik kaya tu .. duduk menghadap kiblat then berdoa dengan bersungguh sungguh .. dia teringat imam masjid tu suruh dia baca ayat al kursi . tapi dia tak pandai langsung .. so dia baca ayat al kursi tu macam ini 

KURSI , KURSI , KURSI , KURSI berulang kali... memang dia tak pandai tapi dia baca tu dengan penuh bersungguh sungguh . dia mintak sangat sangat kat Allah supaya lindungi diri dia dari musibah ...
dia baca dengan sungguh sungguh sampai dia tak ingat apa yang dah berlaku dalam rumah dia.. dia tak peduli
dia baca sampai terlelap ....

then esok tu , dia bangun , dia dapati ada perompak dalam rumah dia .. dia punyalah terkejut ..
dia nampak ada seorang lelaki *perompak* tu muka binggung, keliru , badan dia mengigil ..
lalu dia pun menghampiri lelaki tersebut lalu bertanya akan lelaki tu ... then perompak tu bercakap ..

"semasa aku masuk kedalam rumah ini , kelihatan banyak kerusi-kerusi dan suara-suara orang yang bercakap . macam berada didalam suatu majlis .. tetapi aku tidak lihat seorang pun yang ada didalam rumah . aku bingung kenapa begitu banyak kerusi-kerusi dan suara suara yang riuh rendah... lalu aku pun terduduk dan memejam mata . berharap apa yang aku lihat ini tidak benar ... apabila aku buka mata ku ini . aku terlihat bahawa aku bagaikan berada di tengah-tengah dikelilingi oleh kerusi-kerusi yang banyak . aku terdengah lagi suara-suara yang riuh rendah kaki ki tidak terdaya hendak lari kerana bagaimana aku mahu lari jika banyak kerusi-kerusi di sekeliling aku ?.. aku berasa takut wahai orang tua ... " 

pakcik tu pun tepuk bahu perompak itu . barulah dia tahu bahawa lelaki tersebut merupakan perompak yang ingin rompak rumahnya... selepas itu .. pakcik tersebut membawa sedikit hartanya lalu dia beri kepada perompak itu ... dia berkata .. " kau ambil lah sedikit harta ku ini.." selepas itu , perompak itu pun mengambil dan tinggalkan pakcik itu .. pakcik itu berharap bahawa perompak itu akan mengubah sikapnya .. mudah mudahan . dengan izin Allah :)








*gambar hiasan *





*sebenarnya ada sedikit tokok tambah dalam cerita nih .. * 
sebab ada part yang aku tak ingat . maaf okay. sorry sangat-sangat . 




ps : korang dah tahu kan moral of the story , aku pun tahu cuba aku tak tahu nak bagitahu moral of story . hehe :)
harap korang suka ...aku mintak maaf kalau ada banyak kesilapan dalam cerita nih..
kalau korang tahu cerita ini .. korang maafkan aku okay .. aku manusia yang tidak sempurna ..


hamba ALLAH yang tidak sempurna:
AidaMan


PASTFUTURE
Taaruf

Assalamualaikum! sahabat fillah.
Salam Ukhuwah Fillah Abada.
assalamualaikum
16 tahun
Ada Dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka : Dua mata yang menangis pada waktu tengah malam kerana takutkan kepada Allah dan mata yang tidak tidur kerana berjuang di jalan Allah
(hadis riwayat tirmidzi)
Kotak Bertulis



My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>> Masih Mencari MaghfirahMu
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Wanita solehah itu bukan aku.
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • ALLAH Subhanallah !! terasa damai...
  • Kasih dan redhaNya Selepas sahaja aku menunaikan ...
  • korang .. aku nak shared sikit . tadi aku blogwal...

  • D' Credits
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : Cik_unknown