Cik_unknown
Cemburu yang dibenarkan oleh ISLAM.
Sunday 25 November 2012 • 20:31 • 0 comments
Assalamualaikum kaum adam dan kaum Hawa.. khaifa haluki ? alhamdulillah pada siapa yang sihat.. :) syafakillah pada yang kurang sihat.. dah lama tak update blog. maaflah, tidak ada idea.. hari ini saya nak tulis tentang cemburu, cemburu yang dibenarkan dalam islam :) bismillah.. :) jaga diri,jaga iman, jaga hati :)

Cemburu adalah satu sifat mazmumah iaitu sifat keji tetapi dalam islam ada sifat cemburu yang dibenarkan. Itu kerana sifat cemburu itu merupakan ifat azali manusia yang Allah ciptakan, maka Allah juga sediakan ruang dan laluan yang secocok dengan kecemburuan. 
apakah yang dimaksudkan dengan cemburu yang dibenarkan dalam ISLAM? kerana setahu kita semua bahawa cemburu itu satu daripada sifat yang keji ...?
secara hakikatnya dan aalnya memang cemburu itu berdosa disisi ISLAM apatah lagi hasad dan dengki.  Namun, sekiranya kena pada tempatnya,malah digalakkan dan mendapat pahala juga, In Shaa Allah. 
Cemburu yang bagaimana digalakkan oleh agama ISLAM ?

ada TIGA jenis cemburu yang digalakkan dalam ISLAM yakni cemburu kepada orang yang soleh dengan kesolehannya,kemudian menyebabkan diri kita menjadi semakin semangat bagi menjadi lebih soleh daripadanya.
Cemburu yang kedua adalah cemburu kepada orang yang alim kerana kealimannya , lantas membuatkan kita semangat mahu menuntut ilmu supaya menjadi lebih alim daripada dirinya. Oleh  kerana faedah ilmu yang ada padanya itu dapat dimanfaatkan oleh ummah pada setiap zaman selepasnya. Apatah lagi mati seorang anak adam, hanya 3 perkara yang masih membuahkan pahala iaitu anak yang soleh dan solehah, ilmu yang bermanfaat serta sedekah jariah yang kekal.
Yang terakhir, adalah cemburu kepada orang kaya yang mukmin, dan kerana kekayaannya itulah menjadikannya seseorang yang pemurah dan sentiasa bersedekah dijalan Allah.Orang seperti itulah wajar kita cemburui dan menjadi dorongan kepada mereka yang mahu menjadi sepertinya. seperti ABDUL RAHMAN BIN AUF.

sebagai seorang wanita muslimah,pastinya yang patut kita cemburukan adalah SAIDATINA KHADIJAH, selaku wanita pertaa yang masuk ISLAM dan ditetapkan syurga kepadanya. Juga SAIDATINA Aisyah yang menjadi Ummu Mukminin yang juga dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T 
begitu juga dengan SAIDATINA Fatimah,puteri Rasulullah. Beliau adalah sebaik-baik anak gadis yang tabah dan taat kepada agama dan ayahnya.Malah beliau juga dikurniakan seorang suai yang mulia akhlak dan bijaksana pula keilmuannya.
berdasarkan buku Srikandi-rikandi Yang Benar 

Wallahu'alam :)
semoga Allah memberkati diri kita semua dunia dan akhirat. In Shaa Allah..





PASTFUTURE
Taaruf

Assalamualaikum! sahabat fillah.
Salam Ukhuwah Fillah Abada.
assalamualaikum
16 tahun
Ada Dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka : Dua mata yang menangis pada waktu tengah malam kerana takutkan kepada Allah dan mata yang tidak tidur kerana berjuang di jalan Allah
(hadis riwayat tirmidzi)
Kotak Bertulis



My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>> Masih Mencari MaghfirahMu
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Wanita solehah itu bukan aku.
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • Kenapa Aku Berubah? assalamualaikum wbt :)...
  • berhijrah ? assalamualaikum wbt...syukur terhadap...
  • inspirasi diriku... assalamualaikum wahai sahaba...
  • PUASA!!! indahnya!! entah mengapa hati ini berasa...
  • ZODIAK?? SYIRIK ???? tadi bukak twitter dari pukul...
  • Ya Allah  tadi AidaMan bukak satu blog nih . then...
  • kisah si kaya dan si pencuri cerita ini aku dapat...
  • ALLAH Subhanallah !! terasa damai...
  • Kasih dan redhaNya Selepas sahaja aku menunaikan ...
  • korang .. aku nak shared sikit . tadi aku blogwal...

  • D' Credits
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : Cik_unknown